Tahniah

Tahniah kepada semua atlet sekolah diatas kejayaan mendalat tempat kedua di dlm kejohanan balalan dan padang zon Pakan.

Sekalung tahniah juga diucapkan diatas kejayaan pasukan sekolah di dalam pertandingan kawad. Pasukan sekolah telah merangkul kedudukan juara pembarisan.

Jutaan terima kasih kepada semua warga babai yang menyokong samada secara langsung dan tidak langsung
image

By sk nanga babai Posted in Terkini

Kehilangan

Tanggal 20 Mac 2014, warga Sekolah Kebangsaan Nanga Babai telah kehilangan seorang tenaga pengajar yang sangat berdedikasi.

Beliau merupakan seorang guru sukan, seorang guru yang sangat rajin, seorang guru yang tidak pernah mengenal penat lelah.

Banyak jasa beliau kepada pihak sekolah, kepada murid-murid.

Pemergian beliau diiringi oleh tangisan warga babai.

Cikgu Ijau ,

kamulah kebanggaan kami

Jasamu dikenang

Terima kasih cikgu

By sk nanga babai Posted in Terkini

Pemilihan Sepak Takraw dan bola jaring

Pihak sekolah mengucapkan semoga berjaya kepada atlit-atlit sekolah yang bakal terlibat di dalam pemilihan pasukan bola jaring zon Julau dan pasukan sepak takraw zon julau

Semoga usaha jurulatih pasukan bola jaring sekolah ( Puan Stella dan cik Ginjo ) membuahkan hasil. Begitu juga kepada ketua jurulatih sepak takraw sekolah (Encik Ijau) yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk melatih pasukan sekolah.

all the best for all ! gambateh!

By sk nanga babai Posted in Video

Mesyuarat 2014 1

1 Mesyuarat staf 1.0 akan di adakan tidak lama lagi

Butiran aktiviti adalah seperti berikut :

TARIKH : 30 DISEMBER 2013

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK NANGA BABAI

MASA : 800 PAGI

Kehadiran semua staf SK Nanga Babai adalah diwajibkan.

By sk nanga babai Posted in Terkini

Pautan foto

Satu blog khas untuk melihat koleksi-koleksi gambar telah dibina.

Blog ini bertujuan untuk menyimpan semua koleksi gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Nanga Babai.

Untuk melihat blog tersebut, sila klik pada pautan FOTO yang terdapat di bahagian atas laman sesawang ini.

Ia juga boleh dicapai melalui pautan di bawah

http://babaiphoto.blogspot.com/

Diharapkan dengan kehadiran blog ini, dapat membantu semua pihak.

sekian, terima kasih.

By sk nanga babai Posted in Terkini
Imej

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

Rekabentuk oleh :

Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Rasional (Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM)
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu
Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat
Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi
Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi
Huruf ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia
Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global
Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara
Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan
Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia

Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

datukdrkhair

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Kemaskini

Beberapa item atau pautan telah ditambah ke dalam laman sesawang SK Nanga Babai.

Item-item tersebut adalah

  • SAPS
  • SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
  • PAUTAN PKG JULAU
  • PROFIL SEKOLAH
  • PAUTAN LAGU