Sejarah sekolah

Usaha untuk menubuhkan sekolah di kawasan Babai ini telah bermula pada tahun 1959. Usaha ini telah diketuai oleh mendiang Penghulu Ugap anak Angking (Ketua Mastarakat kawasan Babai-Pendanum) dan Encik Sunang anak Jali, dengan sokongan Tuai-Tuai rumah dikawasan berkenaan. Setelah beberapa kali memohon, akhirnya pada 1961 ianya telah diluluskan oleh Kanowit Distrcit Council dan diberi nama “Nanga Babai School”. Sekolah tersebut telah terletak di tepi Sungai Semukau, Babai dengan kemudahan sebuah kelas dan sebuah rumah guru yang dibina secara gotong-royong.

Guru besar yang pertama ialah Encik Anthony Siba dengan murid berjumlah 60 orang. Pengerusi sekolah pada masa itu ialah Encik Sunang anak Jali. Dua tahun kemudian jalan raya ke Pakan siap dibina. Memandangkan Nanga Babai School ini jauh (lebih satu jam jalan kaki) dari jalan raya Pakan, maka dengan persetujuan secara kolektif masyarakat tempatan ianya telah dipindahkan lokasi di tepi jalan raya ke Pakan.

Pada tahun 1964, ianya dipindahkan ke tapak baru, ianya tapak yang sekarang. Tapak untuk sekolah telah diderma oleh Encik Dungkong anak Dilang. Pada masa itu terdapa dua kelas (Primary one dan Primary four), bilik kelas dan rumah guru dibina secara bergotong royong. Guru besar pada itu ialah Encik Chabu anak Koh.

Pada tahun kemudiannya, sekolah ini mendapat dua bangunan tambahan untuk kelas dan sebuah rumah guru yang dibina oleh Kanowit District Council. Enrolmen pelajar pula bertambah dan bilik kelas tidak dapat menampung bilangan pelajar.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan kelas, sebuah asrama, sebuah dewan makan dan dapur siap dibina.Bangunan –bangunan ini kemudiannya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ambrose Gramong anak Jelian (Menteri Muda Pertanian Sarawak) pada 16 Disember 1980.

Pada tahun 2000, satu projek pembangunan yang menelah perbelanjaan sebanyan RM3.5 juta diadakan di Sekolah Kebangsaan Nanga Babai untuk membina 3 blok bangunan 4 tingkat beserta kelengkapan seperti pagar sekolah,janakuasa dan kawasan lapang bersimen. Projek ini disiapkan pada awal tahun 2002.

Pada tahun 2002, projek rumah guru yang menelan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta diadakan untuk membina 6 unit rumah guru Semi-D (jenis Merak) dilaksanakan dan disiapkan pada Julai 2003.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s